KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang merupakan suami pengasas Dnars Skincare mendakwa belum menerima panggilan dari pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.
Ahmad Shah Rizal menjelaskan, laporan polis dan SPRM itu dibuat berhubung kematian isterinya Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.
"Setakat ini tidak ada. Yang saya tahu ada dua laporan polis yang dibuat. Yang pertama pasal siasatan semula kes pembunuhan itu.
"Yang kedua pasal berkenaan dengan pertukaran saham syarikat dan juga laporan SPRM mengenai proses membawa masuk jenazah semasa hari kematian itu tidak disertakan dokumen-dokumen yang lengkap lah.
"Semua laporan itu saya belum menerima panggilan atau notis dari SPRM atau pihak Polis," katanya dalam satu sidang media khas bagi menjawab pertuduhan yang disifatkan sebagai fitnah terhadapnya.
BACA: Kematian pengasas Dnars: Polis mohon bantuan polis Thailand, Interpol
Sebelum ini keluarga Allahyarham Faziani membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut ke atas kematian Allahyarham yang disyaki meragukan.
Dalam sidang media yang sama, Ahmad Shah Rizal memaklumkan telah mengemukakan tuntutan undang-undang terhadap beberapa pihak yang didakwa menfitnahnya.
Ahmad Shah Rizal menjelaskan tindakan undang-undang yang dibuat itu dilihat sebagai jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah sedia ada.
"Selama ini saya memilih untuk mendiamkan diri kerana saya asalnya berharap perkara ini dapat diselesaikan menerusi musyawarah keluarga.
"Saya menganggap perselisihan faham sebelum ini hanyalah bersifat sementara. Namun begitu, kemelut ini berlanjutan dan menjadi semakin teruk, hari berganti hari.
"Keadaan ini memang tidak disangka, dan saya amat terkilan dengan sikap sesetengah pihak seperti adanya udang di sebalik batu," katanya lagi.
Tuntutan undang-undang itu dikemukakan terhadap sebuah portal yang memuat naik dua laporan berhubung kematian pengasas Dnars itu.
Kedua-dua laporan itu didakwa disiarkan pada 16 dan 17 Jun lalu di portal dan Facebook portal tersebut.
Selain itu, tuntutan undang-undang juga dikemukakan terhadap individu yang menulis komen di Facebook portal tersebut.
BACA: Pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia dalam kemalangan di Thailand
Allahyarham Faziani bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dalam perjalanan ke sebuah pondok pengajian agama di Selatan Thailand bagi menyumbangkan sumbangan pada bulan Ramadan, Mei 2019.
Bagaimana pun kenderaan pelbagai guna Toyota Estima yang dinaiki pasangan itu merempuh sebuah lori yang di parkir di sebatang jalan menyebabkan, Faziani maut di tempat kejadian, manakala Ahmad Shah Rizal mengalami kecederaan.
Irwan Muhammad Zain
Wed Jun 29 2022
Ahmad Shah Rizal memaklumkan telah mengemukakan tuntutan undang-undang terhadap beberapa pihak yang didakwa menfitnahnya. - Gambar Astro AWANI/Mohd Shahir Omar
Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.
AWANI Pagi: Selamatkah kita di dalam dunia kecerdasan buatan?
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei bertemakan inovasi digital dan kemampanan pembangunan, AWANI Pagi bawakan topik menarik mengenai keselamatan di dalam dunia kecerdasan buatan.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
AWANI Ringkas: Inflasi Malaysia 2023 catat peningkatan perlahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Suami pengasas Dnars dakwa belum dipanggil polis dan SPRM
Ahmad Shah Rizal menjelaskan, laporan polis dan SPRM itu dibuat berhubung kematian isterinya Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.
Polis terima satu lagi laporan berkaitan pengasas Dnars
Laporan kedua diterima pada 21 Jun lepas daripada abang Allahyarham.
Keluarga meragui kematian pengasas produk Dnars Skincare
Satu laporan polis telah dibuat pada tengah hari Khamis bagi menuntut siasatan lanjut ke atas kematian Allahyarham yang disyaki meragukan.
Tidak cukup tidur, tidur tidak berkualiti jadi punca microsleep
Ia boleh berlaku dalam waktu yang sangat singkat, mungkin dalam beberapa saat hingga dua minit dan akan menyebabkan hilang tumpuan serta penutupan mata yang menyebabkan keadaan mengantuk.
"Kenapa Mami masuk syurga awal?"
Terbaru, anak sulung pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Iqbar Hakim Jasman memuat naik kemas kini yang meruntun jiwa ramai netizen.
"Abang akan selalu ingatkan adik tentang Mami kita" - Anak sulung pengasas Dnars kosmetik
Dekat-dekat nak raya ni, lagi sayu hati...
Pemergian Faziani Rohban kehilangan besar kepada industri produk halal
Yang diPerttua PPIK berharap usaha Allayarhamah itu dapat diteruskan oleh pewarisnya bagi membangun industri produk halal negara.
'Mama dalam perjalanan untuk sampaikan sumbangan zakat' - Anak Faziani Rohban
Mereka sekeluarga sempat bersahur sebelum arwah bertolak ke pondok di Pattani yang menjadi rutin bulanan menyampaikan wang zakat.
Allahyarham Faziani Rohban seorang wanita kuat, cekal - Aliff Syukri
Itu antara rahsia yang dikongsikan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang juga kenalan rapat kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.
'Sedekahkan doa buat mami saya, Faziani Rohban' - Anak pengasas Dnars Skincare
Video dimuat naik Iqbar mendapat perhatian ramai yang turut mengutuskan ucapan takziah kepada ahli keluarga pengasas itu.